Sunday, January 8, 2012

Penjual Yang Bermodalkan Pinjaman.

Syukur Alhamdulillah, kerana Allah masih lagi memberikan kita nikmat iman yang tidak mungkin dapat diwarisi mahupun dibeli daripada sesiapa. Ianya hanya milik Allah, dan hanya Dialah yang mampu memberikan kepada siapa yang Dia mahukan. Sebagai hamba yang dikurniakan nikmat iman, seharusnya kita menjaga iman kita agar ianya tidak hilang dari kita.

Junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda,
“Wahai anak laki-laki,aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: Jagalah Allah (dengan menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya) niscaya Dia menjagamu. Jagalah Allah, kamu pasti mendapatkanNya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah. Apabila meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, bahawa jikalau semua umat bersatu untuk memberikan manfaat kepadamu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat memberikan manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat mencelakakan kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering’.” (HR Tarmizi)

Buah dari iman adalah amal dan sia-sialah amalan jika ianya tidak diniatkan untuk Allah swt. Didalam kumpulan hadis Arba’in Nawawi, hadis pertama yang dibincangkan adalah niat.

“Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya  dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan ia peroleh atau wanita yanag hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju.”

Ianya menjadi suatu peringatan buat kita agar sentiasa memperbaharui niat kita didalam setiap amal perbuatan kita. Kerana niat mungkin sahaja tergelincir sebelum kita beramal, semasa beramal dan selepas beramal. Mohonlah kepada Allah agar setiap amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah sebagai amalan yang sempurna.

Bagi orang-orang yang benar imannya, ia akan membuat jual beli dengan Allah swt. Sepertimana yang pernah dilakukan oleh para nabi, sahabat dan salafussoleh yang terdahulu. Mereka tidak lagi merasakan apa yang mereka miliki itu sebagai milik mereka. Segala kurniaan yang mereka dapati itu adalah pinjaman dari Allah swt dan itulah sebenarnya hakikat yang sebenar. Apa yang mereka, dan kita sendiri miliki hanyalah milik Allah. Kita hanya meminjam daripada pencipta kita. Alangkah buruknya apabila dilihat segelintir orang berbangga dengan sesuatu yang pada hakikatnya bukan miliknya. Malah, langsung tidak bersyukur diatas pemberian yang mereka dapati. Nauzubillahiminzalikh. Semoga kita tidak tergolong didalam golongan itu.

Didalam surah At-Taubah Ayat 111, Allah berfirman,
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”

Alangkah indahnya jual beli itu. Kerana Si penjual yang zero modal ini mampu menjual dengan keuntungan hasil  yang tidak tertanding nilainya. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan berjaya didalam jual beli ini. Majoritinya hanya mampu meminjam namun tidak mampu menjual.

Abdullah bin Jahsy adalah penjual yang sangat menguntungkan. Hatinya yang sarat dengan keimanan, ketaqwaan dan kecintaan kepada pencipta sanggup dipotong hidung dan telinganya dan dirobek perutnya semata-mata jual beli yang ia pertaruhkan. Subhanallah. Tiadalah kenikmatan baginya di dunia melainkan kenikmatan di syurga kelak.

Anas bin Nadhar penjual yang bercita-cita tinggi sehingga mampu mencium bauan syurga di tapak jual belinya.

Manakala, Umair bin Hamam seorang yang bersegera didalam jual belinya sehingga tidak sempat makan sebutir kurma di tangannya menuju tapak jual belinya.

Jika melihat mereka, alangkah hebatnya mereka.. Mampukah kita menuju langkah mereka? Menjadi penjual yang berjaya dengan modal pinjaman ini..

Ya Allah, Engkau tetapkanlah jalan kami menuju redhaMu. Terimalah amalan kami sebagai amalan yang sempurna dan ampunilah kami di atas segala kecacatan jualan amalan kami….

0 comments:

Post a Comment

 

Renungan Bersama..

"Prolematika kaum muslimin saat ini bukan disebabkan jumlah mereka yang kurang. Problematika dakwah Islamiyah hari ini tidak terletak pada minimnya jumlah orang yang komit dengan keislamannya di tengah umat yang banyak meninggalkan shalat, berbuat bid'ah dan membawa pemikiran-pemikiran kafir. Karena di setiap kawasan Islam masih ada pemuda-pemuda baik yang banyak jumlahnya. Tetapi masalah yang sebenarnya adalah mereka tidak mendeklarasikan keislaman mereka dan tidak berdakwah, atau berdakwah namun tanpa koordinasi di antara mereka...berjalan sendiri-sendiri."(Dipetik dari Titik Tolak-Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)

Penawar Lelah Pengemban Dakwah

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal Anda tengah berjalan di atas jalan kebenaran dan disibukkan dengan berbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh di atas kebenaran dan sabar menghadapi berbagai ujian, Niscaya kepedihan akan sirna, kelelahan akan hilang, dan yang tersisa bagi Anda adalah ganjaran dan pahala. Insya Allah.
(Dr. Abdullah Azzam)

10 Muwasofat Tarbiyah

Salimul Aqidah(Aqidah yang sejahtera)
Shahihul Ibadah(Ibadah yang Shahih)
Matinul Khuluq(Akhlak yang Mantap)
Mutsaqaful Fikri(Fikiran yang Berwawasan)
Qadirun 'Alal Kasbi(Mampu Berdikari)
Qawwiyul Jismi(Sihat Tubuh Badan)
Mujahidun Linafsihi(Melawan Nafsu)
Munazham Fi Syu'unihi(Tersusun Urusannya)
Haritsun 'Ala Waqtihi(Sangat Menjaga Masa)
Nafiun Li Ghoirihi(Bermanfaat pada Orang lain)

Great Morning ©  Copyright by Kembara Tarbiyah | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks