Tuesday, November 15, 2011

Hujan Bola Warna Warni Kembali


Banyaknya hujanan bola datang dari pelbagai arah. Tidak tahu yang manakah yag harus didahulukan kerana ianya datang serentak.  Aku hanya memiliki dua tangan. Tidak mampu ku tangkap lebih dari dua bola. Fikiran menjadi tak menentu, mengambil bola hadapan atau belakang, bola yang besar atau yang kecil. Di sinilah perlunya ilmu keutamaan atau lebih sinonim dengan ‘fiqh al-awliyat’.

Bagi mereka yang menjadi aktivis yang membebani risalah Allah ini, pastinya banyak tuntutan yang menanti. Jika tidak dilakukan sebaiknya, ianya akan menjadi fitnah buat dakwah. Pengorbanan demi pengorbanan amatlah dituntut. Di sinilah ujian keikhlasan hati itu datang.

Iman Asy Syahid Hassan Al-Banna mengatakan,

"Wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

            Diriku masih belum mampu dikatakan pejuang.. Masih terlalu jauh.. Masih lagi menapakkan kaki.. Tertatih-tatih memahami dunia perjuangan.. Ranting-ranting kecil di jalanan masih lagi menjadi gangguan fikiran.. Hujanan bola warna warni yang datang menjadikan diri kaget sebentar.. Tidak diketahui apa yang harus di lakukan.. Padahal orang yang beriman seharusnya tenang didalam menghadapinya.. Ujian yang kecil bagi mereka hanyalah seumpama duri yang kecil..Hakikatnya, iman itulah yang akan berkata-kata.. Iman itulah yang akan menjadi bekal di perjalanan.. Wahai diri, timbalah sebanyak-banyak bekal yang engkau boleh.. Sesungguhnya ia menjadi teman dalam setiap tindak tandukmu..

            Ya Allah, kuatkan hati ini dengan iman dan taqwa hanya untukmu
           
Langkah baru ku hayunkan, menuju jalan perjuangan yang panjang..

Tanpa mengenal rasa takut
Bergerak berjalan tanpa ragu

Dengan menyebut asma Allah
Bersama berjuang utk berubah
Membuat perubahan di alam kezaliman
Untuk menuju tegaknya izzah islam

& dengarlah hai mujadid muda
Angkat pena, pedang dan Al-quran
Dan dengarlah, hai pejuang Allah
Kuatkan hati untuk tujuan

Tegakkan panji-panji islam
Untuk hancurkan kezaliman
Bersama capai kemenangan
Bebaskan dari penindasan

Satukan langkah rapatkan barisan
Menyongsong kejayaan islam

Berbekal iman yang utama
Dan semangat jihad yang membara
Hancurkan kezaliman
Untuk wujudkan tujuan
Menjadi syuhada dijalannya

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat,49:15)
Read more "Hujan Bola Warna Warni Kembali..."

Monday, October 31, 2011

~Tuntutan dan Tawakkal~

Di dalam menelusuri kehidupan ini pelbagai tuntutan yang menanti, pelbagai perkara perlu dibuat perkiraan, pelbagai perkara perlu dibuat pertimbangan, dan pelbagai perkara yang tidak terjangka akan timbul. Kebimbangan mula muncul, jika silap membuat keputusan akan mendatangkan seribu macam permasalahan..

Ya Allah, tidak ku tahui yang manakah yang terbaik untukku,. Jikalau aku mengetahui segala kemungkinan yang akan aku hadapi, nescaya akan ku pilih keputusan yang terbaik. Sebagai manusia yang lemah, sesungguhnya aku tidak mengetahui apakah kemungkinan yang akan ku hadapi dan hanya kepada Mu aku menyerahkan segala-galanya..

Sebagai orang yang beriman, segala sesuatu hendaklah diserahkan semata-mata kepada Allah swt. Tiadalah keputusan yang terbaik melainkan keputusan dari Allah.

Didalam al-quran terdapat banyak ayat-ayat yang menuntut kita untuk berserah diri kepada Allah. Diantaranya,

“(Yaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang-orang yang berserah diri. “(Az Zukhruf, 43:69)

“………Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku." Kepada- Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri.”(Az-Zumar,39:38)

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan kamu tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) melainkan kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami). “(Ar-Ruum,30:53)

“Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." “(An Nahl,16:102)

“Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah diri." (Ibrahim, 14:12)

“Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri." “(Yunus,10:84)

Setiap sesuatu pastinya ada hikmah yang tersembunyi.. Bertawakkallah kepada Allah agar diberikan petunjuk terhadap setiap sesuatu kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba Nya…
Read more "~Tuntutan dan Tawakkal~..."

Saturday, September 24, 2011

Menggapai Taqwa

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk hidup dibulan Ramadhan 1432H. Syawal juga tidak lama lagi akan melangkah pergi. Namun, bukanlah ianya bererti singgahnya Ramadhan dan Syawal hanya persinggahan biasa. Yang mana tidak memberikan kesan buat diri kita.

Sepertimana yang kita ketahui, kita diwajibkan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan adalah dalam rangka mencapai darjat taqwa kepada Allah swt.

Allah berfirman,
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Hakikat Taqwa
Saidina Umar Al-Khattab mengatakan bahawa taqwa itu seumpama berjalan diatas jalan yang dipenuhi dengan duri.  Di sini kita dapat bahawa taqwa ini menjadikan seseorang itu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduknya kerana takut kepada Allah, kerana sentiasa merasakan Allah bersamanya, Allah sentiasa melihat apa sahaja yang dilakukannya.

Taqwa itu hadir dari keimanan yang kukuh, keimanan yang sentiasa dipupuk dengan muraqabatulllah iaitu merasa takut terhadap murka dan azab-Nya sert selalu menharapkan limpahan kurnia dan maghfirahNya.
Read more "Menggapai Taqwa..."

Friday, March 25, 2011

Converter Kehidupan...


Syukur Alhamdulillah, Allah masih lagi mengurniakan nikmat iman di dalam dada agar sentiasa menjadi ‘indicator’ di dalam setiap keputusan hidup. Imanlah yang akan membuat timbang tara setiap keputusan yang akan kita lakukan. Semakin tinggi imannya, semakin ketat timbang tara yang akan kita lakukan. Bagi para ulama, para da’I, orang-orang mukmin,; sudah pastilah timbang tara mereka lebih ketat  dan tepat berbanding timbang tara muslim biasa di dalam menentukan sesuatu. Diri ini masih jauh lagi nilaian yang didapati dari nilaian timbang tara sebenar, perlunya mempertingkatkan lagi bekalan keimanan dan ketaqwaan. Doaku,semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan keredhaan buat para ulama, para da’I, para mujahid, dan orang-orang mukmin. Ini kerana merekalah pejuang buat umat Islam kini dalam dunia mengasingkan Islam dengan keadilan dan merekalah jua idola yang hidup bagiku untuk menjejaki gerak langkah mereka.
Didalam kehidupan,letakkanlah impian didalam setiap apa yang kita lakukan…

Setiap apa yang kita lakukan, pastinya ada yang sukar bagi kita untuk melakukannya. Apatah lagi jika ianya adaah perkara yang baru dan sememangnya jauh daripada potensi dan pengalamanyang kita ada. Kesukaran semakin dirasai apabila kita tidak mampu untuk melakukannya setelah sekian banyak kali kita mencubanya.

‘Give Up!’ ,itu perkara yang mudah untuk kita lakukan.

‘Never Give Up’, itu maknanya kita perlu mencari satu, dua atau lebih inisiatif yang baru.

Bagaimana pula didalam skop dakwah? Pastinya terlalu banyak rintangan, halangan, cabaran, hambatan yang akan kita lalui. Jika semua ulama, da’I dan orang-orang mukmin lainnya melayangkan bendera putih terhadap dakwah, pastinya Islam akan semakin ditindas dan ditindas oleh pihak kuffar seumpama sekelompok  semut yang dihinjak-hinjak oleh sang gergasi yang marah dan ganas dengan kakinya. Walaupun semut telah pun mati, tetap dihinjak-hinjak  kakinya sehinggalah hatinya merasa puas.Inilah pentingnya perlunya ada semut lain yang berjuang untuk menyelamatkan kelompok semut di bawah. Naik ke atas gergasi dan mengigitnya sekuat yang mungkin sehingga patah sengatnya agar tumpuannya bukan lagi kelompok semut yang berada di bawah, tapi menggaru-garu mencari semut yang menggigitnya.

Oleh kerana itu, tajamkanlah tombak dan pedangmu dengan keimanan yang membara, ketaqwaan yang benar dan ilmu yang penuh manfaat. Fokuskan sasaran dengan penuh komitmen terhadap apa yang dituju. Yakin dan pasti Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya yang berjuang untuk agamaNya.

Kehidupan yang dirasakan sukar, tukarkanlah ia dengan ‘converter kehidupan’ yang kita ciptakan. Bukan dari ciplakan dari mana-mana. Hanya kita yang mengetahui apakah yang kita sukai dan apakah yang kita tidak sukai. Jadikanlah ianya mimpi yang kita mahukan yang akan membahagiakan diri kita.

Masih tergiang-giang di telinga ini kata-kata seorang tokoh didalam satu pertemuan tahun lepas.
“Jika kamu menganggap dakwah itu suatu pekerjaan, kamu akan merasa lelah. Semakin ditambah amanah, ia akan merasa semakin terbeban. Orang seperti itu, ia akan tertatih-tatih nanti. Namun, berbeza dengan orang yang menganggap dakwah itu adalah sebahagian dari hidup saya, yang akan membahagiakan saya. Semakin ditambah amanah, ia akan semakin gembira dan bersemangat.”

Kelihatan pahit, namun nikmat bahagiaan yang dirasai. Sepertimana nabi Allah Yusuf berkata,
"Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."(Yusuf:33)

Penjara itu lebih nikmat daripada hidup bersenang didalam lumpur kemaksitan.
“Ya Allah, titipkanlah kebahagiaan dan ketenangan didalam dada kami. Tingkatkan semangat kami didalam menegakkan agamaMu. Kukuhkanlah, tsabatkanlah, dan tabahkanlah kami di atas landasan jalanMu. Amin…”

Read more "Converter Kehidupan......"

Thursday, March 24, 2011

"Boleh jadi…."


………boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al Baqarah: 216)

Sebagai seorang muslim kita diajar untuk beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah. Ianya adalah rukun iman yang keenam. Inilah di antara perbezaan nyata muslim atau mukmin dan orang-orang kafir. Seorang muslim atau mukmin akan sentiasa redha terhadap setiap likuan dan rintangan yang dihadapinya di dunia ini. Baginya kehidupan di dunia ini hanya sementara seumpama musafir yang singgah berehat di bawah sepohon pokok menuju perjalanan yang lebih panjang.

Namun, tidaklah bererti kita langsung tidak perlu merancang kehidupan kita. Perlu merancang, tapi pengakhirannya terserah sahaja pada Allah yang menentukan yang sebaiknya. Ini kerana setiap muslim atau mukmin itu perlu mempunyai matlamat atau tujuan yang jelas.

Saidina Ali pernah mengungkapkan,
“Pihak musuh yang terorganisasi mampu mengalahkan pihak muslim yang tidak terorganisasi.”

Ungkai kembali..
Kadang-kadang kita membenci sesuatu namun ia baik untuk kita, dan kadang-kadang kita menyukai sesuatu namun ia buruk untuk kita. Dari surah al baqarah ayat 216 di atas jelas memberikan kita petunjuk bahawa pengetahuan kita sebagai seorang hamba adalah sangat terbatas. Hanya Allah sahaja yang  pengetahuan yang tiada batasan atau infiniti.

Namun, bagaimanakah sikap kita menghadapi sesuatu yang kita tidak sukai…

Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri untuk menghadapinya sebaik yang mungkin. Adakah kita akan terus lari dan tidak akan memikirkannya lagi? Buangkan ia jauh dari pemikiran kita? Mungkinkah ini berlaku?...

Mungkin kita boleh melarikan diri. Namun, sejauh manakah kita dapat melarikan diri kita? Andaikata kita tidak dapat melarikan diri, apakah yang akan kita lakukan?

“………boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al Baqarah: 216)

Ayat ini sendiri adalah penawarnya. Tuhan yang Maha Penyayang menghadiahkan kita banyak ayat-ayat cintaNya buat kita agar kita lebih termotivasi di dalam menghadapi kehidupan kita sehari-hari.

Allah juga berfirman,
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…..” 
(Al-Baqarah:286)

Teringat kata-kata seorang tokoh di dalam satu pertemuan , “Life is a Learning Process!”

Iya…Kehidupan adalah proses untuk kita belajar. Terlalu banyak perkara yang perlu kita pelajari dan adalah mustahil bagi kita untuk mempelajari segala hal di dalam kehidupan kita. Oleh itu, apa sahaja yang kita telah hadapi, sedang hadapi dan akan hadapi itulah yang menjadi pengasah/pengukir/pengadun yang akan membentuk  kita.

Mana mungkin pisau menjadi tajam tanpa diasah dengan batu…
Mana mungkin permata menjadi berkilauan tanpa potongan-potongan yang yang halus..
Mana mungkin pasu menjadi pasu yang cantik dan kukuh tanpa dibakar didalam api yang teramat panas..
Tiada lain tarbiyahlah yang banyak mengajar kita agar terus cekal menghadapi pelbagai perkara.

“Tarbiyah bukanlah segala-galanya. Namun, segalanya bermula dengan tarbiyah!”

Wassalam..
Read more ""Boleh jadi…."..."

Monday, February 7, 2011

Aku membencinya.. Namun ia tetap bersamaku..

Didalam jiwaku secara fitrah ia bersamaku,
Kadang-kadang ia membuat aku gembira,
Makan bersamanya menjadikan makanan begitu lazat,
Bersulamkan kelalaian yang mengasyikkan.

Namun,
Kadang-kadang aku amat membencinya,
Tatkala aku menuruti kehendaknya yang melampau,
Menjadikanku insan hina dihadapan Tuhan.

Biarpun ku halau sejuta kali,
Mahupun berkali-kalian setiap detik,
Adalah mustahil ia akan pergi,
Kerana ia dijadikan bersamaku.

Bila ia dihasut syaitan durjana,
Maka berserongkollah ia membuatku merana,
Cemburunya ia bila cintaku dimiliki Tuhan,
Hanya puas pabila tiada lagi iman yang tersisa.

Ingin amat ku katakan padanya,
Pergilah jauh wahai nafsuku!!!
Pergi dan jangan kembali!!!
Jangan muncul lagi dalam hidupku!!!

Bagaimanapun ia tetap bersamaku,
Aku pasrah diatas ketentuanNya,
Kini aku harus mengubah paradigma hidupku,
Bersama suatu kekuatan yang baru.

Hidupku kini adalah suatu perjuangan,
Berjuang melawan nafsuku sendiri,
Agar tidak terus hanyut,
Dengan arus kealpaan dunia.

Wahai nafsu dan sekutu syaitanmu,
Mungkin telah berkali-kali engkau menang dalam pertarungan,
Tapi kini tidak lagi,
Akan ku cuba sedayanya merampas kejayaan milikku darimu.

Jika aku jatuh tersungkur,
Akan ku cuba bangkitkan diri merangkul pedangku,
Biarpun diriku telah luka berlumuran darah,
Aku akan tetap bangkit melawanmu.

Destinasiku sekian lama kubulatkan fokusnya,
Bertemu denganNya di akhirat kekal abadi.

Wahai Tuhan,
Perkuatkanlah senjata perjuanganku,
Suburkanlah siraman iman dan taqwa dalam hatiku,
Permudahkanlah setiap langkah perjuanganku,
Agar aku terus berjuang hanya untukMu..
Amin, Ya Rabbal Alamin..
Read more "Aku membencinya.. Namun ia tetap bersamaku....."

Sunday, January 16, 2011

Jangan Tinggalkanku...

"Ukhti, jangan tinggalkanku sendirian. Ukhti kena sentiasa bersamaku didalam perjuangan." Satu bait kata terluah dengan penuh harapan buat sahabatnya sambil deraian air mata hangat mengalir di pipinya. Kata-katanya berbaur penuh harapan yang padu yang maknanya sukar ditafsirkan melainkan melalui hati jua,kerana hati yang akan diterima ungkapan hati.

Itulah ungkapan uang diterima yang terus terakam di dalam memori saat kemanisan bersama. Sebelum melangkah ke pentas perjuangan seterusnya, terimbau satu ikrar dibacakan bersama di dalam satu pertemuan. Sumpah setia di laungkan bersama, ikatan janji dengan pencipta. Laungan janji dibacakan penuh syahdu, menyusuk ke ruang hati. Komandan melaungkan ikrar dengan suara yang kuat namun kedengaran agak gementar. Ianya diikuti peserta yang lain. Hati-hati yang membicarkan ikrar dengan rasa ketakutan dan harapan. Takut jika janji yang di ikrarkan tidak dapat ditunaikan dan berharap agar kami tetap mampu meneruskan perjuangan dan tetap tsabat di medan ini.


IKRAR
Astaghfirullah wa atubu ilaihi. (3x)
Ya Allah,
sesungguhnya aku berjanji kepadaMu
untuk selalu taat kepadaMu
dan meninggalkan maksiat kepadaMu,
selalu mencintai pemimpinku
dan saudaraku sesama hambaMu.
Ya Allah,
sesungguhnya aku berjanji
untuk selalu teguh memegang prinsip,
berakhlak dengan etika agama selama aku hidup.
Aku berjanji
untuk memikul penderitaan demi memenangkan prinsipku,
ikhlas bagiMu dalam dalam semua perbuatanku,
aku berjanji untuk meneladani sunnah Nabi saw
dalam perkataan, perbuatan, perilakuku
dan mencintai Allah rasulNya serta pemimpin Islam
lebih dari cintaku pada diriku
dan kedua orang tuaku dan manusia seluuhnya,
selawat dan salam tercurah ke hadrat Nabi Muhammad saw
keluarga dan sahabatnya
ALLAH HU AKHBAR!!!


Saat manis ini pastikan kuingati selamanya...Saat manis ini pastikan kurindui selamanya.. Sama-sama berbahu tenaga mengorak langkah ke destinasi yang abadi.. Alangkah indahnya ukhuwwah ini..Alangkah manisnya ukhuwwah ini..Tidak mungkin sama dengan dunia dan seisinya..

Ukhuwwah kami atas dasar cinta..atas dasar sayang..cinta kami kerana Allah..Sayang kami kerana Allah.. ikatan kami ikatan akidah..jalinannya bertalikan keimanan..Tautan kami tautan perjuangan.

"Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."(Al-Anfal:62-63)


Perjuangan kami masih panjang.Pastinya perlu menempuh pelbagai onak dan duri. Ya Allah, ampunilah segala dosa kami.Ya Allah, kami mengetahui ujianMu itu pasti. Kami mengetahui bebanan kami ini berat. Oleh itu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Permudahkanlah kami dalam setiap ujianMu, kuatkanlah semangat perjuangan kami agar kami tetap terus tabah untuk menggapai cita-cita kami. Biarkanlah kami sama-sama bangkit didalam menegakkan syariatMu. Jangan lepaskan kami dari pandanganMu biarpun hanya sekerlip mata. Jika kami terjatuh, kuatkanlah kami untuk bangkit semula. Satukanlah hati-hati kami sepertimana Engkau satukan Muhajirin dan Ansar. dan berkatilah kami dalam setiap kehidupan kami...Amin.. Read more "Jangan Tinggalkanku......"
 

Renungan Bersama..

"Prolematika kaum muslimin saat ini bukan disebabkan jumlah mereka yang kurang. Problematika dakwah Islamiyah hari ini tidak terletak pada minimnya jumlah orang yang komit dengan keislamannya di tengah umat yang banyak meninggalkan shalat, berbuat bid'ah dan membawa pemikiran-pemikiran kafir. Karena di setiap kawasan Islam masih ada pemuda-pemuda baik yang banyak jumlahnya. Tetapi masalah yang sebenarnya adalah mereka tidak mendeklarasikan keislaman mereka dan tidak berdakwah, atau berdakwah namun tanpa koordinasi di antara mereka...berjalan sendiri-sendiri."(Dipetik dari Titik Tolak-Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)

Penawar Lelah Pengemban Dakwah

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal Anda tengah berjalan di atas jalan kebenaran dan disibukkan dengan berbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh di atas kebenaran dan sabar menghadapi berbagai ujian, Niscaya kepedihan akan sirna, kelelahan akan hilang, dan yang tersisa bagi Anda adalah ganjaran dan pahala. Insya Allah.
(Dr. Abdullah Azzam)

10 Muwasofat Tarbiyah

Salimul Aqidah(Aqidah yang sejahtera)
Shahihul Ibadah(Ibadah yang Shahih)
Matinul Khuluq(Akhlak yang Mantap)
Mutsaqaful Fikri(Fikiran yang Berwawasan)
Qadirun 'Alal Kasbi(Mampu Berdikari)
Qawwiyul Jismi(Sihat Tubuh Badan)
Mujahidun Linafsihi(Melawan Nafsu)
Munazham Fi Syu'unihi(Tersusun Urusannya)
Haritsun 'Ala Waqtihi(Sangat Menjaga Masa)
Nafiun Li Ghoirihi(Bermanfaat pada Orang lain)

Great Morning ©  Copyright by Kembara Tarbiyah | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks