Monday, November 1, 2010

Siraman Keimanan Pembakar Semangat Perjuangan

Bagaikan minyak tanah memarakkan api, begitulah jua siraman iman menyemarakkan semangat perjuangan para pejuang di jalan Allah. Seringkali kudengar, “Iman yang benar itu tak akan duduk diam, ia akan terus beraksi.”

Aku akui kata-kata itu.Banyak bukti yang kita lihat bagaimana iman menjadi ‘booster’ kepada orang-orang yang beriman menuju medan perjuangan. Singkap kembali kisah para sahabat yang seharusnya menjadi idola umat Islam hari ini. Khalifah pertama, Abu Bakar as siddiq keimanannya membuatnya terus menyampaikan dakwahnya kepada sahabat-sahabatnya yang terdekat. Malah, di antara sepuluh sahabat yang dijamin syurga lima orang daripadanya adalah hasil dakwah Abu Bakar. Subhanallah, tidak hairanlah jika timbangan iman Abu Bakar lebih berat dari umat akhir zaman.  Amru bin Jamuh yang tempang kakinya tetap gagah melibaskan pedangnya di medan uhud. Dan Abdullah Ibnu Ummi Maktum yang buta matanya memegang panji Islam ketika perang al qadasiyyah. Hebat kan jika punyai susuk seperti mereka.
Read more "Siraman Keimanan Pembakar Semangat Perjuangan..."

Thursday, October 7, 2010

Melihat Hadapan @ Belakang??

Suatu pagi yang cerah, seorang bapa menghantar anak kecilnya ke sekolah didalam perjalanan ke tempat kerja. Jalan di awal pagi kebiasaannya sibuk kerana banyak kenderaan yang keluar untuk memulakan aktiviti harian ke tempat kerja dan sebagainya.

“Ayah, kenapa ayah asyik tengok cermin. Kejap tengok cermin depan, tengok depan.Kejap lagi tengok cermin kanan,tenok depan. kejap lagi tengok cermin kiri pula,pastu tengok depan. Jalannya kan didepan".Muncul satu soalan dari si anak kepada bapanya setelah memerhatikan gelagat bapanya memandu pacuan empat roda.

“Oh, kerana mahu tengok kenderaan belakang, kiri, kanan. Jika kita tidak berhati-hati maka kemalangan akan berlaku. Bila kemalangan, dah tak boleh nak patah balik. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.” Jawab si ayah.
Read more "Melihat Hadapan @ Belakang??..."

Saturday, July 17, 2010

AMANAH<::--::>Kehidupan<::-::>AMANAH

Sudah lama tidak menulis, bukan kerana ketiadaan masa namun kerana ketidakupayakan diri dengan setiap sesuatu. Apabila direnungi dan dihayati kedalam diri..masih banyak lagi perkara yang harus dilangsaikan. Sudah tiada masa untuk menangguhkan diri, ini bukannya masa untuk memanjakan diri. Mengalun buaian mimpi laksana sang puteri. Bermain-main di taman nan indah tanpa mengambil peduli apa yang terjadi seisi dunia. Wahai diri, sedarkanlah dirimu! Bangkitkanlah diri dari kelunakkan mimpi! Saudaramu di Palestin sedang meminta bantuanmu.. Kuburmu sedang memanggil-manggil namamu.. Ummatmu sedang parah dilanda penyakit.. Apakah engkau masih mahu berpangku tangan? Apakah kau masih mahu rela ummatmu menderita? Dan apakah engkau rela bekalanmu yang kosong dibawa ke kuburanmu?.. Wahai diriku, carilah kekuatan dengan sekuat tenagamu.. Perbanyakkanlah bekalan dengan segenap kudratmu.. Dan atasilah kelemahan dengan sehabis usahamu dengan mujahadah dirimu..
Kerana amanah, engkau mendapat kehidupan. Kerana kehidupan ini, engkau memikul amanah. Lebih berat lagi kerana amanah itu datangnya dari Allah, tuhan semesta alam. Kadang-kadang diri terlupa bahawa hidup didunia ini adalah kerana membawa amanah. Amanah untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi, dan amanah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Read more "AMANAH<::--::>Kehidupan<::-::>AMANAH..."

Wednesday, May 5, 2010

PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN




Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian

Perhimpunan Perdana PALESTIN

Tarikh; 8 Mei 2010

Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam

Masa: 5.00ptg hingga 11.30mlm

dapatkan maklumat lanjut dan perkembangan di:
http://www.lifeline4gaza.org

Imam Al-Banna mengungkapkan isu Palestin seperti berikut:
“Kecintaan kepada Palestin telah menempati di dalam jiwa kita secara ruhi dan kudus mengatasi kecintaan tanahair sendiri. Allah telah menganugerahkan kita kemuliaan Baitul Maqdis yang penuh berkah kerana keberkatan para nabi dan siddiqin dan tempat kelahiran Nabi Isa AS. Semua itu mampu menghidupkan jiwa dan membangkitkan ruh.

“Palestin adalah jantung tanah air kita, denyut nadi negeri kita, dan pati dari modal kita, pangkal perpaduan dan kesatuan kita, dan atasnya pula tergantung kemuliaan Islam atau kehinaannya”




Read more "PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN..."

Monday, April 26, 2010

Para Da'i itu...

Menurut Ali bin Abi Thalib, para dai itu..




"Perkataan mereka ialah kebenaran, busana mereka adalah sikap sahaja, dan langkah kaki mereka adalah tawadhu'. Mata mereka tidak melihat apa saja yang diharamkan Allah pada mereka dan mereka hanya menggunakan telinga mereka untuk ilmu yang bermanfaat bagi mereka. Jiwa mereka tidak berubah, baik ketika mendapatkan musibah mahupun nikmat. Ketika disiksa, mereka seperti melihat syurga dengan kasat mata. Hati mereka sedih dan tidak usil. Kebutuhan mereka tidak banyak dan jiwa mereka suci anti mengemis-ngemis. Mereka sabar selama berhari-hari yang sebenarnya tidak lama dan hasilnya ialah mereka merasakan kebahagiaan panjang tak berujung. Mereka diincar dunia, tapi mereka menghindar darinya. Mereka ditawan dunia, lalu mereka menebus dirinya dari tawanan dunia. Jika malam datang menjelang, mereka meluruskan kaki-kaki mereka, sembari membaca Al-Qur'an dengan tartil (perlahan penuh kekhusyukan).
Read more "Para Da'i itu......"

Perjalanan Hidup Manusia

Pernahkah suatu masa kita terfikir, "Apa matlamat hidup kita??". Pernahkah terlintas difikiran kita, "Apakah tujuan penciptaan kita??"

Untuk soalan pertama mungkin mudah bagi ramai orang untuk menjawabnya dengan pelbagai bentuk jawapan. Mungkin bagi pelajar sekolah akan menjawab, "Matlamat hidup saya adalah berjaya sehingga ke menara gading." Kemudian jawapannya akan disambung, "Kemudian saya mahu menjadi seorang peguam yang berjaya." Tidak cukup dengan itu akan disambung,"Maka saya akan dapat gaji yang besar." dan akhirnya akan disambung, "Selepas itu saya mahu beli kereta mewah, rumah besar dan sebagainya."
Read more "Perjalanan Hidup Manusia..."

Thursday, April 1, 2010

Iltizam mereka.. Iltizam diluar kebiasaan..


Lebih kurang jam 7.30 pagi pada hari jumaat bertepatan 2 April2010 satu talian panggilan telefon dibuat oleh pendengar salah satu stesen radio islami. Pendengar tersebut bertanya, "Nak tanya, Surah Al-Kahfi tu qulyaayyuhalkafiirun ke?”. Oleh kerana mahu mengejar kaifiat membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at yang diwar-warkan dari siaran radio tersebut, maka insan ini membuat panggilan untuk memastikan tanggapannya bahawa benarkah bacaan surah Al-Kahfi yang ia maksudkan.
Namun, apa yang membuat hati ini tersentuh adalah bait-bait kata yang dilafazkan seterusnya.
“Saya ini OKU, tidak dapat melihat..”
Read more "Iltizam mereka.. Iltizam diluar kebiasaan....."

Tuesday, March 16, 2010

Subhanallah Ciptaan Allah

Seringkali kita mendengar pelbagai keajaiban yang Allah tunjukkan kepada kita agar sentiasa ingat padaNya dan akur akan setiap perintah dan laranganNya. Mana mungkin kita sebagai seorang hamba mampu menghitung setiap nikmat yang Allah berikan. Kita hanyalah sebagai hambaNya. Setiap yang dimiliki hanyalah milikNya. Namun seringkali juga kita akan terlupa untuk bersyukur di atas setiap nikmat yang telah Allah berikan.

Allah berfirman,
" Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"(Ar-Rahman,55:13)

"Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. "(Al-Fatir,35:15)

Bertafakurlah sejenak duhai jiwa yang masih lunak dengan urusan dunianya..
Bangkitlah dari lenamu..

Mungkin petikan artikel yang ana ambil dibawah akan menguatkan lagi keimanan dan kesyukuran kita.

Bayi Ajaib yang Lahir dengan Teks Qur’an!!!

Katagori : International
Oleh : Redaksi 16 Oct, 09 - 11:00 pm

Kelahiran seorang bayi berusia 9 bulan di Dagestan, Rusia, kini membuat heboh warga Rusia. Pasalnya, di kaki kanan bayi bernama Ali itu tiba-tiba saja tertulis ayat Al-Qur’an.

Mula-mula, kata ibu Ali, Madina Yakubova, ada tanda kelahiran di tubuh Ali seperti huruf-huruf Arab. Tapi tak berapa lama huruf-huruf itu membentuk teks.

Menurut Yakubova lagi, Ali semula menderita hematoma di dagu. Begitu hematomanya hilang, teks Arab berbunyi “Allah Pencipta segala sesuatu” muncul di situ.

Ibunya juga menuturkan bahwa semula Ali didiagnosis menderita berbagai penyakit. Tapi, sejak adanya tulisan2 ajaib itu, Ali mendadak sehat wal afiat.

Kini, seperti dilaporkan teve berbahasa Rusia Vesti, puluhan polisi menjaga ketat rumah Ali yang sehari-harinya dikunjungi ratusan orang yang penasaran atau meminta berkah. (adil)

sumber:http://swaramuslim.com

Read more "Subhanallah Ciptaan Allah..."

Kisah Suatu Perjalanan



Suatu Ketika Aku Di Jalanan…
Suatu hari aku mengayuh basikal. Ku kayuh basikal itu sedaya yang mungkin. Dalam perjalananku, aku sampai di satu persimpangan. Kulihat begitu banyak persimpangan. Kebanyakkan persimpangan itu luas jalannya lebih luas daripada 'highway'. Kuamati persimpangan itu, rupa-rupanya terdapat satu jalan yang agak kecil tetapi sukar dilihat dari mata kasar. Namun lebih terang berbanding jalan-jalan yang lain. Ku pilih jalan yang kecil ini, kerana kurasakan cahayanya menarik perhatianku.Hati ini tertanya-tanya, dari manakah datangnya cahaya itu? Apakah sumber cahaya itu? aku kembali mengayuh basikalku ke arah jalan sempit itu. Malah, kayuhannya lebih kuat berbanding sebelum ini oleh kerana perasaan hati yang berkobar-kobar. “Aku mesti dapatkan sumber cahaya itu!” fikirku. Kulihat disekelilingku, ramai yang mengayuh basikal bersama-samaku. Ada yang tersenyum melihatku dan ada juga yang berehat di tepian jalan kerana kepenatan. Malah, ada juga yang ingin berpatah balik kerana putus asa.
Melihat keadaan itu, aku katakan pada diriku, "Aku mesti kuatkan usahaku!Alang-alang mencelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan”.
Rupa-rupanya jalan yang kupilih ini jalan yang penuh onak dan duri. “Kuk!Kuk!" bunyi tayar basikalku melanggar batu-batuan yang begitu banyak di jalanan. Lopak yang teruk juga hampir sepanjang jalanan terdapat di kanan dan kiri jalan. Dalam aku asyik cuba mengayuh basikal,tiba-tiba.. “gedebuk!” aku terjatuh dari basikalku kerana terlanggar sebuah batu besar yang tidak ku sedari dihadapanku. “Aduh,musibah apakah yang datang nie?”. Ku lihat basikalku sudah patah sterengnya. Tayarnya juga sudah bengkok. Ku lihat kakiku, air berwarna merah pekat mengalir keluar dari bukaan luka dengan banyaknya. Lukanya agak parah dibahagian buku lali kakiku sehingga kelihatan putihnya tulang yang tidak lagi diselaputi isi dan kulit. Seluruh badanku juga sudah kesakitan kesan lebam-lebam. "Siapakah yang sudi membantuku?”Fikirku. Kakiku kini sangat sakit bukan terbayang sakitnya. Kedua tanganku memegang kakiku yang sakit sambil menutup kesan darah yang mengalir. Kumenangis semahu-mahunya layaknya seperti anak kecil. "Mengapalah aku memilih jalan nie? Jalan lain kan banyak lagi. Jalannya dah la sempit, teruk pula tu.”Hampir-hampir kurasakan diri sudah hilang tekadnya. Entah di mana hilangnya tujuan asal aku melalui jalan ini.
Read more "Kisah Suatu Perjalanan..."

Tuesday, March 2, 2010

Kisah Dinding Pipi





Suatu hari aku melihat pelbagai makanan yang lazat-lazat dan enak diatas meja makan. Sangat menyelerakan tekakku yang kering tambahan perutku yang berbunyi menuntut diisi.Ku ambilkan pinggan di atas rak dan ku cedok nasi yang putih bersih didalam periuk.

“Hm…sedapnya lauk hari nie.Ada rendang, ayam pedas, ikan keli panggang, ayam masak madu,sambal belacan..Semuanya best-best..Ewah-ewah sedapnya, jarang dapat makan camnie..”aku bermonolog sendirian didalam hati sambil menikmati makanan-makanan yang tersedia di atas meja yang kulihat tadi.

Sedang enak aku menikmati rezeki di depan mata.Tiba-tiba,”Aduh, sakitnya..”.Tanpa ku sedari aku tergigit dinding pipi kananku.Agaknya gigi dah tak dapat nak ‘control’ kelajuan menguyahnya sehingga terbabas meragut dinding pipi yang sentiasa menemaninya saban waktu. Aku tak peduli semua tu,aku cuba sambung lagi menikmati juadahku yang terkandas sekejap tadi kerana ‘incident’ organ dalaman tadi.

Read more "Kisah Dinding Pipi..."
 

Renungan Bersama..

"Prolematika kaum muslimin saat ini bukan disebabkan jumlah mereka yang kurang. Problematika dakwah Islamiyah hari ini tidak terletak pada minimnya jumlah orang yang komit dengan keislamannya di tengah umat yang banyak meninggalkan shalat, berbuat bid'ah dan membawa pemikiran-pemikiran kafir. Karena di setiap kawasan Islam masih ada pemuda-pemuda baik yang banyak jumlahnya. Tetapi masalah yang sebenarnya adalah mereka tidak mendeklarasikan keislaman mereka dan tidak berdakwah, atau berdakwah namun tanpa koordinasi di antara mereka...berjalan sendiri-sendiri."(Dipetik dari Titik Tolak-Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)

Penawar Lelah Pengemban Dakwah

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal Anda tengah berjalan di atas jalan kebenaran dan disibukkan dengan berbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh di atas kebenaran dan sabar menghadapi berbagai ujian, Niscaya kepedihan akan sirna, kelelahan akan hilang, dan yang tersisa bagi Anda adalah ganjaran dan pahala. Insya Allah.
(Dr. Abdullah Azzam)

10 Muwasofat Tarbiyah

Salimul Aqidah(Aqidah yang sejahtera)
Shahihul Ibadah(Ibadah yang Shahih)
Matinul Khuluq(Akhlak yang Mantap)
Mutsaqaful Fikri(Fikiran yang Berwawasan)
Qadirun 'Alal Kasbi(Mampu Berdikari)
Qawwiyul Jismi(Sihat Tubuh Badan)
Mujahidun Linafsihi(Melawan Nafsu)
Munazham Fi Syu'unihi(Tersusun Urusannya)
Haritsun 'Ala Waqtihi(Sangat Menjaga Masa)
Nafiun Li Ghoirihi(Bermanfaat pada Orang lain)

Great Morning ©  Copyright by Kembara Tarbiyah | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks